'Kami reda, terima kasih semua'


Kuala Pilah: "Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua termasuk orang kampung, anggota polis serta individu yang tidak dikenali turut mencari dan mengesan Allahyarham sejak berita kehilangannya tersebar," kata Norliza A Hassan.

Walaupun abangnya Abu Zahrin A Hassan, 67, ditemui sudah meninggal dunia, keluarganya reda selepas pencarian mereka sejak beberapa hari lalu berakhir.

Mayat abangnya yang dipanggil dengan nama Ujang itu ditemui lengkap berpakaian di kawasan semak di Jumbang, di sini, jam 2.30 petang semalam oleh seorang pemilik dusun.

"Ketika ini mayat masih lagi berada di hospital untuk bedah siasat, Insya Allah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sikai, hari ini," katanya ketika ditemui di kediamannya.

Norliza berkata, mereka sekeluarga tidak pernah berputus asa mencari lelaki berkenaan terutama abang sulungnya, Muhammad Sharif A Hassan, 75, yang menunggu di rumah arwah setiap malam.

"Sejak tiga hari lalu abang sulung setia menanti kepulangan arwah dengan bermalam di rumah pusaka. Abang Long sentiasa menyalakan lampu rumah dengan harapan abang Ujang pulang " katanya.

Menceritakan situasi ketika mayat abangnya ditemui, Norzila berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka Allahyarham mampu mampu berjalan dan mendaki bukit di kawasan dusun tempat mayatnya dijumpai.

"Berdasarkan keadaan fizikal dan usianya selain kesihatan mentalnya, kami tidak menyangka arwah boleh sampai ke kawasan itu kerana arwah tidak pernah berbuat begitu sebelum ini.

"Bagaimana makan minumnya sepanjang hilang, banyak juga persoalan tetapi kami sudah reda dan berharap segala urusan kami selepas ini dipermudahkan oleh Allah SWT," katanya menahan sedih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mayat ditemui orang awam kira-kira jam 2.30 petang dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari lalu.

"Berdasarkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mayat lelaki berkenaan," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!