Brek gagal berfungsi, lori rempuh lorong tol


PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan patah tangan kiri dan kedua-kedua kaki setelah lori yang dipandunya gagal dikendali lalu merempuh lorong tol RFID di Plaza Tol Ayer Hitam, di sini, petang tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya telah dikejarkan ke lokasi setelah mendapat panggilan kecemasan sekitar pukul 2.52 petang.


“Setibanya di lokasi kejadian, bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan yang dipandu seorang lelaki.


“Lori berkenaan difahamkan terbabas lalu merempuh lorong tol RFID, dipercayai akibat kegagalan fungsi brek.


“Ekoran rempuhan yang berlaku itu, mangsa yang berusia 29 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan patah tulang lengan sebelah kiri serta patah kedua-dua belah kaki,” jelasnya.


Menurut Norazam, mangsa tersepit selama setengah jam akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas semasa operasi sedang dijalankan. 



Sumber - KOSMO! ONLINE.



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!