Tiga maut terperangkap dalam rumah terbakar


Kuching: Bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak, Affendi Keli meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Gita, di sini, malam ini.

Turut terkorban dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, anaknya Aneeqa, 35, dan menantu, Nor Hasyidah Ajis, 22.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di tingkat atas rumah jenis kekal itu.

Katanya, ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas selepas terperangkap dalam asap tebal.

"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.03 malam dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dibantu lapan anggota dari BBP Batu Lintang digerakkan ke lokasi.

"Rumah teres dua tingkat setengah berstruktur kekal itu terbakar 100 peratus dan kebakaran turut musnah empat kenderaan, manakala sebuah lagi musnah separuh," katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Affendi, 69, juga pernah menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan Sarawak serta Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!