Cari ketam, jumpa mayat


Kota Kinabalu: Pencari ketam terkejut selepas menemui mayat terdampar di tepi laut Teluk Sepanggar di sini, malam tadi.


Difahamkan dia menemui mayat lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek, sarung tangan dan goggles renang kira-kira 8 malam sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.


Turut ditemui sehelai baju yang diletakkan di atas batu di tepi pantai dipercayai milik mangsa.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat yang belum dikenal pasti identiti itu.


Katanya, setakat ini siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah.


"Mangsa dipercayai lemas ketika mencari ketam di lokasi dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat.


"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Polis Balai Manggatal, Sub-Inspektor Badrizaman Abdol Rahman," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!