Lelaki maut tercampak keluar dari lori terbabas



KUALA KANGSAR – Seorang lelaki maut setelah lori dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini pagi tadi.


Dalam nahas sekitar pukul 5.40 pagi itu, mangsa, Budi Abd. Rahim, 52, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dari kenderaan.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, nahas membabitkan lori muatan kotak terpakai dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari arah selatan ke utara.


Katanya, sampai di lokasi kejadian, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri melanggar besi penghadang di bahu kiri jalan.


“Mangsa yang beralamat di Taman Sri Andalas, Klang itu diipercayai tercampak keluar dari kenderaan dan terjatuh di lorong kiri.


“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.,” katanya di sini hari ini.




Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!