Kereta rempuh treler: Seorang lagi meninggal dunia


Kluang: Seorang lagi mangsa kemalangan di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, hari ini, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital menjadikan keseluruhan empat mangsa terkorban.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang maut di lokasi kejadian selepas Toyota Corolla dinaiki merempuh treler adalah pemandu kereta, Goh Tiong Seng, 50-an, dan penumpang belakang iaitu Goh Pei Chiew, 20-an, serta Goh Xuan Ting, 20-an.

"Sementara itu, penumpang hadapan Toyota Corolla berkenaan, Hong May Yin, 50-an, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, dalam laporan awal pihak bomba, tiga sekeluarga dilaporkan maut, seorang parah manakala empat yang lain selamat dalam nahas berkenaan.

Komander Operasi yang Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Abd Rahim Razali berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Melaka ke Johor.

Katanya, mangsa terbabit dalam kemalangan selepas merempuh belakang treler yang sedang memperlahankan kelajuan kerana ternampak kemalangan di hadapannya membabitkan Perodua Myvi, sebuah van dan dua motosikal.

"Awal sebelum kemalangan maut itu berlaku, sebuah Perodua Myvi cuba mengelak lopak air sebelum berpusing dalam kejadian hujan lebat.

"Kemudian, sebuah van datang dan gagal mengelak Perodua Myvi sebelum merempuhnya disusuli sebuah motosikal yang juga gagal mengelak dan merempuh Perodua Myvi yang sama, manakala sebuah lagi motosikal terselamat kerana sempat mengelak.

"Pemandu Perodua Myvi cedera, manakala van dan penunggang motosikal selamat," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!