Tragedi ke hari keluarga



Machang: Perjalanan keluarga untuk menghadiri hari keluarga berakhir dengan tragedi, apabila kanak-kanak maut dalam kemalangan di Kilometer 36.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini, 7.15 pagi, hari ini.


Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Merah, Machang, Wan Muhammad Raziq Haikal Wan Mohd Sham Suhaimi, 10, meninggal dunia selepas kereta dinaiki bersama ahli keluarganya bertembung kenderaan lain.


Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati Perodua Kancil dari arah Machang menuju ke Kem Desa Pahlawan Bukit Cina untuk menghadiri hari keluarga.


Katanya, setibanya di lokasi kejadian, Perodua Myvi dipandu wanita, 28, yang juga bertugas sebagai doktor terbabas ke laluan bertentangan.


"Akibat pertembungan itu, mangsa yang juga penumpang Perodua Kancil meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.


Pemandu dan penumpang Perodua Kancil serta pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat menigkut Seksyen 41(1) APJ 1987, katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!