Ketua Polis Daerah Jeli meninggal dunia



Kota Bharu: Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Arifin, meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis dan tekanan darah rendah di Hospital Pakar Perdana (KPJ Perdana), di sini, jam 9.43 malam, hari ini.


Sumber Facebook Polis Kontinjen Kelantan, melaporkan Ahmad, 47, turut mengalami jangkitan kuman pada salur air kencing dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir, sebentar tadi.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan keluarga serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan turut mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham, selain mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Jenazah dilaporkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Bemban, Mukim Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat, pada jam 10 pagi, esok.


Pemergian Ahmad secara mengejut menjadi kehilangan besar buat warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli serta seluruh PDRM Kelantan kerana arwah dikenali sebagai seorang pegawai yang berdedikasi dan berhemah selain disenangi oleh semua anggota.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!