Trak tentera ke pusat undi awal terbalik, seorang parah, 23 cedera


Rembau: Seorang anggota tentera parah, manakala 23 lagi cedera selepas trak yang dalam perjalanan membawa mereka ke pusat pengundian awal terbalik di Kilometer 13, Jalan Chengkau- Pilin, dekat Durian Daun, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 11.45 pagi itu menyebabkan seorang parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Rembau, empat berada di Zon Kuning manakala 19 lagi Zon hijau (cedera ringan) hospital sama.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kemalangan membabitkan lori Regimen 11 Kor Armor Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang membawa anggota berusia antara 24 hingga 30 tahun.

"Trak berkenaan dalam perjalanan ke pusat mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson untuk mengundi awal.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, trak berkenaan dipercayai gagal dikawal dan terbalik.

"Siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anggota polis dan tentera di seluruh Malaysia membuang undi awal hari ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Hazri berkata, pihak bomba melakukan kerja menyelamat dan memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terbabit sebelum dihantar ke hospital.

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!