Pekerja kilang maut langgar lori


Kuala Krai: Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar lori yang sedang ditunda di Kilometer 61 Jalan Kota Bharu - Gua Musang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu kereta Perodua Bezza, Fairuz Zamry, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa lori jenis Mitsubishi Fuso sedang menarik sebuah lagi lori jenis Isuzu menggunakan sebatang besi yang diikat di bahagian belakang dalam perjalanan dari Padang Sembilan, Kuala Krai untuk dibawa ke bengkel yang terletak di Kampung Keroh.

"Manakala mangsa bersama rakannya, Nur Ain Sofea Zakaria, 21, dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke rumah keluarga angkat mangsa yang terletak di Kampung Pahi.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang memandu kereta Perodua Bezza dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian sisi kanan lori Isuzu yang sedang ditunda," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan di bawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

"Penumpang kereta yang juga rakan mangsa mengalami kecederaan di leher dan luka di tangan serta kaki kanan manakala pemandu lori jenis Isuzu berusia 43 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan dan seorang lagi pemandu tidak cedera.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Tambah Suzaimi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan itu diminta untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!