Gambar kenangan Muhammad Aman sebelum lemas



KEMAMAN – Seorang murid lelaki darjah tiga Sekolah Kebangsaan Ibok maut akibat lemas ketika mandi bersama dua rakannya di kawasan alur sungai berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 9, Ibok di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mayat Muhammad Aman A. Suhimi, 9, ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang.


Bapa mangsa, A. Suhimi Salleh, 58, mengakui terkejut dan mengetahui insiden terbabit melalui salah seorang rakan anak bongsunya yang berlari meminta bantuan.


“Alur sungai tersebut sebenarnya cetek namun paras air meningkat dan arusnya agak laju disebabkan hujan lebat sejak pagi semalam.


“Saya hanya nampak selipar anak di tebing sungai sebaik tiba di lokasi kejadian dan arus air sungai memang laju.


“Luluh hati menyaksikan mayat anak diusung penduduk kampung naik ke darat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman di sini hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi memberitahu pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Muhammad Aman telah meninggal dunia.


“Saya menasihatkan ibu bapa sentiasa memantau aktiviti anak sewaktu musim hujan ketika ini,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!