Pemandu lori maut, tujuh anggota polis parah



REMBAU - Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis cedera parah selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 225 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara petang Khamis.



Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian pada jam 3.40 petang itu melibatkan van pasukan polis yang dinaiki tujuh anggota Johor Baharu Utara, sebuah lori dan dua kereta.



"Kemalangan mengakibatkan seorang lelaki iaitu pemandu lori maut di lokasi dan tujuh anggota polis mengalami cedera parah.



"Semua mangsa dalam proses dibawa ke hospital berdekatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.




Sumber - Sinar Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA BIG SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!